June 30, 2012
May 31, 2012
On My Birthday
Alhamdulillah Allah permudahkan perancanganku menjemput Ustaz Sabri (ex-consultant SL1M Tabung Haji) memberi motivasi kepada kami pada hari lahirku yang jatuh pada hari Khamis, 31 Mei 2012.Biasanya orang lain akan mengadakan parti untuk meraikan hari lahir mereka tapi aku ingin membuat kelainan iaitu untuk berkongsi ilmu bersama rakan-rakan daripada salah seorang mentor yang aku kagumi. Aku bersyukur walaupun perancangan ini dibuat pada saat akhir tapi segalanya berjalan lancar.
Walaupun masa yang diperuntukkan dalam sesi motivasi ini sangat singkat tetapi alhamdulillah ianya sangat bermanfaat kepada kami. InsyAllah segala ilmu yang diberi akan kami manfaatkan sebaiknya.
Terima kasih kepada Ustaz Sabri kerana sudi menerima jemputan dan berkongsi ilmu kepada kami. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan untuk segala urusan ustaz. amin

May 17, 2012
Bukit Broga Punye Citer

13 Mei 2012 - Sekumpulan pelatih SL1M lembaga tabung haji daripada ibu pejabat telah menjalankan aktiviti mendaki Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor setinggi 400 meter dengan jarak pendakian sejauh 1.7 kilometer.
Berada di ketinggian 1279 kaki dari aras laut, pemandangan yang cantik ini hanya boleh dilihat tidak sampai 50 minit dari Kuala Lumpur. Pendakian yang julung kali diadakan telah menarik minat lebih kurang 20 orang pelatih dan memulakan pendakian pada pukul 5 pagi. Keadaan gelap dan cuaca yang mendung dan sejuk pada hari itu tidak menghalang pendaki-pendaki ini yang bersemangat mendaki semata-mata untuk melihat matahari terbit. (hahahaha...ada gaya jd penulis berita x??)
May 09, 2012
April 22, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
