Pages

November 30, 2009

Selangkah Ke Alam Pekerjaan

assalamualaikum pada sahabat yang masih setia bersama2 diba

salam aidiladha pada yang beragama Islam. semoga pengorbanan yang kita lakukan diberkati Allah dan bermanfaat untuk semua.
Akhirnya tamat sudah pembelajaran diba di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pengajian pengurusan pentadbiran muamalat...alhamdulillah.tapi itu bukan bermaksud diba dah lengkap ilmu di dada. banyak lagi yang perlu diba pelajari..kerana ilmu perlu dicari hinggalah ke liang lahad...

Diba nak cerita kat cini diba dah mula melangkah ke alam pekerjaan dengan menjalani praktikum di Majlis Agama Islam daerah Batu Pahat. alhamdulillah...macam2 perasaan yang diba rasa sekarang untuk memulakan pekerjaan di sana..manakan tidak sebab diba tidak pernah bekerja sebelum ni..jadinya macam kanak2 umur 5 tahun nak masuk tadika..tapi bezanya sekarang umur diba dah 22 tahun..jadi tidak bolehlah bersifat seperti kanak2.

Selangkah diba ke alam pekerjaan sebenar. walaupun hanya praktikal di sana tapi diba harap ia dapat membantu diba untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar. mungkin ada yang merasakan praktikal hanya untuk main2 dan merehatkan diri selepas belajar tapi tidak bagi diba. diba nak buat yang terbaik untuk praktikal ini. doakan diba ye kawan2...


semoga praktikal yang diba akan jalani selama 4 bulan ini iaitu mulai 7 disember 2009 hingga 21 april 2010 akan memberi banyak pengalaman dan manfaat buat diba. dan dapat bekerjasama dengan baik dengan staf2 disana..amin...



November 03, 2009

Just Want To Share

Penatnyer seminggu ni..

pulun ngan asignment dan final exam..

tambah lagi ngah gian tengok movie korea..

alahai badan..

biler fikir-fikir semula

buat ape lah buat semua ni..

penatkan badan jerr


tapi nak wat camne

hidup perlu diteruskan

sebab kalau kepayahan ni x de dalam hidup

hidup mesti tidak akan bermakna...

betul x??? huhu

so enjoy your life


October 15, 2009

Salam lebaran yang ke 26

assalamualaikum
lamanyer dyba tak mencoret kat blog ni. dah berhabuk semula.
almaklumlah naik cuti terus rush siapkan asignment.
ni pon ada 3 lagi asignment lom siap..huhuhu..
tambah2 dah 4 hari dyba demam.alhamdulillah hari ni dah ok sikit..cume tkak yang sakit lagi.
ape taknyer pulun minum ais walaupon sakit..niat jadikan ubat.ahaks

xm plak tinggal 15 hari jer lagi.
final xm tuk last semester n last year in UUM
macam2 perasaan ada biler dah final semester ni.
rasa cam nak terus belajar, tapi cam nak kuar cepat2.

bak kata mummyku "biler dah keje baru dyba rasa macam nak belajar semula. sebabnyer keje tu lebih penat dari belajar" (ni mak cakap sebab dyba malas nak belajar...huhuhu)

memang betullah cakap mak. dyba dah rasa walaupon ada lagi 2 bulan duk UUM ni.
rasa cam nak patah balik belajar 4 taun.
masa belajar nilah dyba kenal ramai kawan2 yang boleh jadi kawan.
masa keje nanti tak tentu lagi. entah2 banyak kawan macam gunting dalam lipatan (cari lah sendiri maksudnya...hehe)

selain tu lecturer dyba pon de cakap biler keje nanti dunia kite akan menjadi sempit.
sebabnyer wat keje yang sama setiap hari dan waktu keje dari 7am sampailah 6pm. so x sempat nak wat yang len. kalau hari minggu pulak mybe de buat projek bersama syarikat..
hmmm...

ntahlah.harap2 dyba dapat kerjaya yang menyenangkan, memudahkan dan merehatkan. huhu..ada ker..
maksudnyer dapat keje yang baik2. aminn..

oklah.nak sambung buat asignment yang tergendala..
doakan dyba dapat keputusan cemerlang untuk final xm in final year ni k...
aminn...



October 01, 2009

Alumni di bugisiah



hari raya ke tujuh yg lepas alumni SMABT wat majlis tautan kasih
majlis start pkul 8 lebih tapi dba datang pkul 9 lebih...
hehehe.biasalah budak baik..
dah lama x jejak kaki kat bugisiah...
banyak kenangan dkat sana..




dba datang sehari sebelum tu naik kereta comel dba (JHE 6019)..
mula2 x dapat lesen dari fmily sebab tkot nak lepaskan dba drive..
tapi lepas kene pujuk n dapat lampu hijau dari abang so family benarkan..
hehehe..
dba sampai umah kak ann kul 5 petang..then terus pegi beraya sampai malam

gembira sangat dapat jumpa kawan2 lama..
rindu diorang sangat2..tapi sedih sbb x dapat p umah my best friend coz dier busy settlekan majlis tautan aidilfitri tu..
x pelah..dapat jumper pon alhamdulillah..

mmmm...memang kawan2 dba dah banyak berubah (sma cam dba)
penampilan, percakapan, banyak lagilah..
tapi still boleh bermesra...

majlis tu dibuat untuk perasmian penubuhan alumni dan perlantikan ajk alumni..
tahniah buat yang terpilih..
semoga sentiasa mambangun dengan idea baru dan berwawasan..

dba terpaksa balik awal haritu sebab petangnya dba kene balik kedah (UUM)
rasa cam x nak tinggal diorang sabab lom berborak panjang..
tapi nak wat mcamana..
x pelah ada jodoh kiter jumper lagi..

p/s: dba dengar diorang nak beraya kat KL...nak ikutttttttt...



September 28, 2009

Baju Raya

raya ni ktorang adik beradik pakai baju sama corak tapi lain2 warna..
sajer nak tunjuk kat korang.
check it out.



taun ni buat baju raya sepasang jer..
biasalah budget dah lari..huhu..

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]