Pada
31 Oktober yang lepas aku telah menerima anugerah konvokesyenku selepas hampir 4 tahun bertungkus lumus belajar..Alhamdulillah dengan berkat usaha n doa akhirnya aku sudah bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat. Walaupun sewaktu aku menerima ijazah aku mengalami demam n batuk yang agak teruk tapi alhamdulillah tidak berlaku sebarang kesulitan.
 |
Bergambar ngan family |
Walaubagaimanapun sewaktu hari penganugerahan konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia ujan telah turun dengan lebat dan mengakibatkan banjir di sekitar kawasan Kedah. Aku dan keluarga sangat bernasib baik kerana kami cepat pulang. jika tidak alamatnya kami bakal menjadi penghuni di penempatan banjir.
Di sini aku sertakan gambar-gambar sepanjang minggu konvokesyenku buat tatapan kawan-kawan.
Gambar lain .
No comments:
Post a Comment