Pages

Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

February 03, 2010

Cantiknya Wanita Itu

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya..

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya. 

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya. 

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 

12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

September 08, 2009

Hati cerminan peribadi insan



MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Di samping itu, hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara dan sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh tubuh lain dan begitulah sebaliknya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Paling menarik, dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu."

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berita Harian, 8 julai 2009


September 04, 2009

Puasa



salam semua...
puasa x hari ni..
huhu..
pejam celik pejam celik rupanya dah 2 minggu kiter berpuasa
alhamdulillah..
apa yang korang rasa puasa tahun ni?
huhu...teringat lect member gtau..
kalau x de paper perubahan lepas 2 minggu pose ni,
blik t pegi makan...


perubahan aper?
banyak perubahan yang boleh kiter buat dalam bulan pose ni..
berubah kurus, berubah cantik, berubah tabiat makan...
tapi yang paling penting adalah berubah sikap...
itulah yang lect member maksudkan..
ha...sikap buruk kepada lebih baik...
adakah kita berada di kalangan itu???...
fikir2kanlah...

pagi2 pegi pasar, petang2 pegi bazar
tapi jangan sampai malam2 membazir...

selamat beramal


August 18, 2009

Maafkan daku.....

assalamualaikum..

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat..

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

June 18, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH SWT

PERTAMA: tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
KEDUA: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
KETIGA: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
KEEMPAT: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
KELIMA: jaga sedekah setiap hari.
KEENAM: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
KETUJUH: amalkan istighfar setiap saat.




March 16, 2009

Girls I Want You To Hear This !!!



Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

> Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

> Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

> Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

> Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

> Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...


> Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.


February 14, 2009

Urusan Kewangan lebih Berkesan bersma AKPK

AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu, serta memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Matlamat AKPK adalah untuk memastikan secara proaktifnya bahawa daya tahan sektor isi rumah terus berkekalan. Ini dapat dilaksanakan dengan memberi peluang kepada para peminjam individu mahupun bakal peminjam untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam menguruskan kewangan serta hutang mereka di kala turut mempromosikan sebuah sistem perbankan yang bukan sahaja lengkap malah selamat. Demi mencapai matlamat-matlamat ini, misi AKPK adalah untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup buat semua warga Malaysia.

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan kepada individu secara percuma di AKPK adalah seperti berikut:

* Pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit secara bertanggungjawab dan kemahiran asas dalam pengurusan wang

* Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, termasuk membuat belanjawan untuk menguruskan perbelanjaan

*
Program Pengurusan Kredit untuk bantuan dalam mendapatkan semula kawalan terhadap kewangan pengguna


UNTUK MAKLUMAT LANJUT : LAYARI AKPK




January 12, 2009

BeRkaT

Dulu masa kecik-kecik masa makan, mak selalu cakap makan sampai habis, jangan membazir. kalau mak yang sendukkan nasi mak mesti bagi nasi separuh je...kalau aku merungut mak mesti cakap, makan sikit-sikit..x cukup baru tambah...dan bila nasi yang aku makan x habis mak akan buang ke tanah bagi ayam itik makan.mula-mula memang aku x faham.yelah tong sampah ada.....


tapi mak buang makanan kat tanah. bila dah besar barulah aku tau kenapa mak buat macam tu.mak kata dekat makanan tu ada berkat. masa kecik manalah aku faham makna berkat tu. yang aku tau makan sampai kenyang.huhuhu.. mak terangkan kat aku.. bayangkan kita kat negara miskin di luar sana. mereka nak dapat sebutir nasi pun susah. dan sangat-sangat bersyukur kalau dapat makan roti je...mak bagitau kenapa kena buang makanan yang tak habis makan kat tanah. sebabnya masa kita makan, kita x tau yang mana satu berkat dalam nasi tu...kadang-kadang nasi yang kita x makan tu yang mengandungi berkat..sebab tulah mak buang kat tanah...bagi ayam dan itik makan...nanti bila ayam dan itik gemuk...kita akan sembelih kemudian makan...jadi kita akan dapat berkat semula...betul x?huhuhu...
jadi kalau boleh makanlah sampai habis nasi yang kita sudah ambil...dan jangan membazir..sebabnya membazir tu kawan syaitan...

December 17, 2008

ReSulT EXAm


Bagi pelajar2 ipt, pasti x sabar menunggu keputusan exam yg akan keluar x lama lg.bagi yang sudah m'dapat kputusan tahniah diucpkan pada yg berjaya mencapai target.tetapi bg yg tidak b'jaya jangan b'ptus asa ye..pasti ada hikmah disebaliknya.

Antara cara mendapatkan keputusan yang cemerlang:
1- Sentiasa dekatkan diri dgn Allah
2- Tanamkan azam untk berjaya & sentiasa berusaha
3- Banyakkan berd0a n membaca ayatul kursi

Banyak lg cara yang b0le dgunakan untk berjaya mencapai cita2. Terpulang kepada individu tersebut bgaimana cara dia membahagikan masa.
Ingatlah 0rang yang gagal bukan malas yang menjadi fakt0r utama tetapi mereka tidak tahu cara untuk belajar dengan betul.0rang yang gagal merancang adalah 0rang yg merancang untuk gagal.

SEM0GA BERJAYA...

December 03, 2008

TaNda2 HaTI kiTA mAtI



* Mengaku knal Allah tapi tidk mnunaikn hak2 Nya
* Mengaku knal Rasulullah ttpi mgabaikan sunnah baginda
* Membaca Al-Quran ttpi tdak b'amal dgannya
* Mmakan nikmat Allah ttpi tdak b'syukur
* Mengaku syaitan msuh ttpi tdak b'juang mnentangnya
* Mengaku adanya nkmat syurga ttpi tdak b'amal utk mndpatknnya
* Mengaku adanya siksa neraka ttpi tdak b'usaha menjauhinya
*

December 02, 2008

KEpenTinGAN sENyumAN


1- Sebagai sedekah dan tanda keikhlasan
2- Menggambarkan perasaan dan jiwa sese0rang
3- 0rang yang sentiasa senyum sihat jiwanya
4- Ia lahir secara semulajadi dan tidak memerlukan tenaga
5- Kuasanya kuat untuk menarik 0rang dekat dengan kita
6- Sebagai lambang kejayaan
7- 0rang yang suka tersenyum dekat dengan Allah
8- Tidak akan ada dendam dalam jiwa
9- Senyuman yang paling berkesan adalah apabila 0rang lain dapat merasainya
10- Dan senyuman merupakan terapi terbaik utk penawar skit jiwa


SElaLUlah sENyuM... : )

November 21, 2008

SiApa???

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

November 19, 2008

Pilihlah Sahabat yang ......


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .






November 18, 2008

InSAfLah

Renungi diri itu dalam cermin tafakur
Bukankah tuhan itu Maha Sempurna
Insafi diri itu dengan bersyukur
Tanpa rahmat-Nya kita tiada

Siapa kita untuk menderhaka?
Sedangkan kita tiada saham untuknya
Siapa kita untuk terus kufur?
Sedangkan tuhan murah nikmat-Nya

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]