Pages

Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

September 08, 2009

Hati cerminan peribadi insan



MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Di samping itu, hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara dan sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh tubuh lain dan begitulah sebaliknya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Paling menarik, dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu."

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berita Harian, 8 julai 2009


January 31, 2009

Belanja berhemah ketika kegawatan

KETIKA kelembapan ekonomi global yang nampaknya semakin ketara kesannya terhadap kita semua, pengguna dinasihatkan supaya menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah.

Tempias kesan kelembapan ekonomi global sudah mula menapak ke negara kita. Yang paling terasa kesannya kini adalah peniaga. Sebagai contoh, perniagaan kereta terpakai menyusut sekali prestasinya.


Ada peniaga yang dalam keadaan biasanya boleh menjual 10 kenderaan sebulan kini tidak lagi mampu mencapai angka jualan sedemikian. Jualan kenderaan baru juga tidak begitu memberangsangkan berbanding bulan terdahulu.

Di tambah lagi dengan peraturan ketat dikenakan pihak industri perbankan sekarang ini yang nampaknya membantu mengusutkan lagi keadaan.

Pulangan pelaburan juga sudah semakin berkurangan. Rata-rata pelabur yang ada mengamalkan sikap tunggu dan lihat dengan memilih untuk beristirahat daripada terus berurus niaga buat beberapa ketika sementara menunggu keadaan pasaran pulih kembali seperti sedia kala. Yang jelasnya pada masa ini, Bursa Malaysia semakin suram dan terus muram.

Pengguna kini perlu berhati-hati dalam berbelanja. Apatah lagi jika ia membabitkan perbelanjaan besar. Jika dulu hanya berfikir sekali sebelum membeli, kini nampaknya, mungkin harus difikir sehingga empat lima kali baru boleh angguk kepala.

Kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menyebabkan pengguna perlu menyenaraikan semula segala perbelanjaan yang mahu dibuat dan sedang dirancang atur untuk melihat hanya yang penting saja diutamakan. Yang tidak penting harus ditangguhkan dulu buat seketika waktu.

Lihat saja situasi berikut ini. Mungkin ada di kalangan kita pengguna, yang dulunya merokok sehingga dua tiga kotak dalam sehari, kini mungkin terpaksa mengubah caranya kepada hanya merokok dua batang saja dalam sehari. Sukar dan pedih dirasakan, tetapi kos untuk penjimatan perlu dicari walaupun terpaksa berkorban hobi. Berhenti merokok sama sekali, terasa juga kepayahannya.

Ada pula di kalangan kita, yang hobinya selalu membeli-belah ke luar negara. Mungkin kini tiba masanya untuk anda membeli-belah di Langkawi saja. Jika boleh cari penerbangan tambang paling murah untuk ke sana.

Kita dapat melihat pada ketika ini kadar kenaikan gaji dan kenaikan harga barang adalah tidak selari. Jumlah gaji diperoleh boleh dikatakan tidak selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun harga minyak sudah turun, harga barang pengguna lain masih tetap sama. Oleh itu, kesannya masih dan tetap terasa.

Bagi yang bujang kesannya mungkin tidak seberapa, tetapi bagi yang beranak lima perbelanjaan dapur pasti saja tidak boleh dikurangkan. Harus tetap sama banyaknya. Jadi pilihan jalan keluar yang ada hanya dengan mengurangkan kegiatan luar dan memotong bajet membeli-belah.

Kepada isteri dan ibu kita, inilah masanya anda terpaksa rela berkorban untuk tidak lagi selalu bertukar sepatu atau sebulan satu bertukar kain baju. Berbelanja apabila perlu saja. Atur semula bajet supaya kita tidak membazir.

Aktiviti makan di luar juga rasanya perlu dikurangkan. Kita perlu berjimat-cermat. Lagipun kita sebenarnya perlu menghidupkan semula amalan makan sekeluarga. Memasak sendiri dengan belanja yang satu perempat lebih murah berbanding dengan makan di luar, malah kita juga boleh menikmati hidangan yang sama lazatnya, sama menunya.

Dalam bab pelajaran dan tuisyen anak, mungkin juga boleh dikaji semula. Hantar mereka untuk tuisyen subjek yang perlu saja.

SYED MAZLAN SYED MAT DOM,
UiTM, Kampus Bandaraya Johor Bahru.

(sumber: berita harian/31 jan 2009)

January 01, 2009

PeTua d0A diMAKbulKAn




D0a merupakan senjata mukmin untuk mendapatkan keampunan,kemudahan dan kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Berikut antara petua untuk mendapat d0a yang mustajab :

1- Berd0a diantara azan dan iqamat
2- Berd0a di sepertiga malam terakhir
3- Pemimpin yang adil,0rang yang hendak berbuka puasa dan 0rang yang dianiaya tidak akan dit0lak d0anya
4- Berd0a diantara waktu sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah waktu sujud



5- Berd0a apabila mendengar ayam berk0k0k kerana ia nampak malaikat tetapi jika mendengar keldai memekik p0h0nlah perlindungan dari Allah kerana ia melihat syaitan
6- Berd0a apabila terbangun pada malam hari. Apabila mengerjakan s0lat malam maka s0latnya diterima Allah
7- Berd0a selepas membaca yasin setiap pagi
8- Berd0a dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru yang b0leh menyebabkan dia berkata "aku berd0a tetapi tidak dimakbulkan"
9- Berd0a pada hari jumaat dimana padanya ada satu saat.Apabila sese0rang muslim dapat menepatinya dan dalam keadaan sedang berd0a maka Allah pasti akan memakbulkan d0a tersebut

Berd0a tidak akan menjatuhkan martabat se0rang muslim itu bahkan akan meningkat darjatnya disisg Allah.Barangsiapa yang tidak berd0a selepas s0latnya maka dia adalah 0rang yang paling s0mb0ng dihadapan Allah

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]