Pages

November 06, 2010

My Convocation

Pada 31 Oktober yang lepas aku telah menerima anugerah konvokesyenku selepas hampir 4 tahun bertungkus lumus belajar..Alhamdulillah dengan berkat usaha n doa akhirnya aku sudah bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat. Walaupun sewaktu aku menerima ijazah aku mengalami demam n batuk yang agak teruk tapi alhamdulillah tidak berlaku sebarang kesulitan.

Bergambar ngan family
Walaubagaimanapun sewaktu hari penganugerahan konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia ujan telah turun dengan lebat dan mengakibatkan banjir di sekitar kawasan Kedah. Aku dan keluarga sangat bernasib baik kerana kami cepat pulang. jika tidak alamatnya kami bakal menjadi penghuni di penempatan banjir.

Di sini aku sertakan gambar-gambar sepanjang minggu konvokesyenku buat tatapan kawan-kawan. Gambar lain .





July 13, 2010

Baby boy

2 hari lepas aku n ina member praktikalku pergi ke rumah kak ikin yang baru lepas melahirkan seorang baby boy pada 30 jun 2010 yang lepas. Baby yang seberat 3.99kg ini telah diberi nama Mohd Ilham Zafran.Comel sangat baby. Aku rasa gembira sangat sebab akhirnya baby ni dapat melihat dunia selepas terlewat 15 hari dari tarikh asal bersalin. Tahniah aku ucapkan pada kak ikin sebab berjaya mengharungi saat melahirkan Ilham sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Moga Ilham menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu bapanya. 

dba n baby ilham

ina n baby ilham

July 10, 2010

Pilihan



Keje owh keje
Dah banyak permohonan kerja yang dihantar
Jawapan masih belum diterima lagi
Camnelah ni..
Macam dah nak tepu kepala ni memikirkan masalah kerja
Bile duduk dekat rumah ni aku rasa macam dah malas nak kerja
Biasalah bila duduk rumah makan ditanggung..huhuhu

Sebenarnya hati ni masih dalam dilema
Samada nak bekerja ataupun sambung belajar lagi
Hati ni teringin nak sambung belajar
Kononnya nak menyahut seruan belajar hingga ke negeri China
Rasa macam belum puas lagi belajar selama 16 tahun ni
Ilmu semakin banyak yang kita tahu sebenarnya semakin banyak pula yang kurang dan perlu dicari dan dipelajari

Biar Menjadi Sejarah

Dah cube nak lupekan dier
tapi susah sangat
sebab die yang pertama

bukan senang hati ni nak mencintai
bukan senang nak mempercayai
tapi biler dh mula menyayangi
hati ini dikhianati

kenapa???
salah diri inikah semua ini terjadi??
adakah diri ini penyebab hatinya mencari pengganti??
tapi takdir yang telah tercatat untuk diri ini
mgkin yang terbaik

cuba bangkit walaupun payah
cube ditelan rasa sakit ini walaupun pahit
mungkin akan hadir yang lebih baik

melupakan pengkhianatan yang telah dilakukan ke atas diri ini


February 03, 2010

Cantiknya Wanita Itu

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya..

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. 

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya. 

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya. 

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 

12.. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]