Pages

January 31, 2009

Belanja berhemah ketika kegawatan

KETIKA kelembapan ekonomi global yang nampaknya semakin ketara kesannya terhadap kita semua, pengguna dinasihatkan supaya menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dan berbelanja dengan berhemah.

Tempias kesan kelembapan ekonomi global sudah mula menapak ke negara kita. Yang paling terasa kesannya kini adalah peniaga. Sebagai contoh, perniagaan kereta terpakai menyusut sekali prestasinya.


Ada peniaga yang dalam keadaan biasanya boleh menjual 10 kenderaan sebulan kini tidak lagi mampu mencapai angka jualan sedemikian. Jualan kenderaan baru juga tidak begitu memberangsangkan berbanding bulan terdahulu.

Di tambah lagi dengan peraturan ketat dikenakan pihak industri perbankan sekarang ini yang nampaknya membantu mengusutkan lagi keadaan.

Pulangan pelaburan juga sudah semakin berkurangan. Rata-rata pelabur yang ada mengamalkan sikap tunggu dan lihat dengan memilih untuk beristirahat daripada terus berurus niaga buat beberapa ketika sementara menunggu keadaan pasaran pulih kembali seperti sedia kala. Yang jelasnya pada masa ini, Bursa Malaysia semakin suram dan terus muram.

Pengguna kini perlu berhati-hati dalam berbelanja. Apatah lagi jika ia membabitkan perbelanjaan besar. Jika dulu hanya berfikir sekali sebelum membeli, kini nampaknya, mungkin harus difikir sehingga empat lima kali baru boleh angguk kepala.

Kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menyebabkan pengguna perlu menyenaraikan semula segala perbelanjaan yang mahu dibuat dan sedang dirancang atur untuk melihat hanya yang penting saja diutamakan. Yang tidak penting harus ditangguhkan dulu buat seketika waktu.

Lihat saja situasi berikut ini. Mungkin ada di kalangan kita pengguna, yang dulunya merokok sehingga dua tiga kotak dalam sehari, kini mungkin terpaksa mengubah caranya kepada hanya merokok dua batang saja dalam sehari. Sukar dan pedih dirasakan, tetapi kos untuk penjimatan perlu dicari walaupun terpaksa berkorban hobi. Berhenti merokok sama sekali, terasa juga kepayahannya.

Ada pula di kalangan kita, yang hobinya selalu membeli-belah ke luar negara. Mungkin kini tiba masanya untuk anda membeli-belah di Langkawi saja. Jika boleh cari penerbangan tambang paling murah untuk ke sana.

Kita dapat melihat pada ketika ini kadar kenaikan gaji dan kenaikan harga barang adalah tidak selari. Jumlah gaji diperoleh boleh dikatakan tidak selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun harga minyak sudah turun, harga barang pengguna lain masih tetap sama. Oleh itu, kesannya masih dan tetap terasa.

Bagi yang bujang kesannya mungkin tidak seberapa, tetapi bagi yang beranak lima perbelanjaan dapur pasti saja tidak boleh dikurangkan. Harus tetap sama banyaknya. Jadi pilihan jalan keluar yang ada hanya dengan mengurangkan kegiatan luar dan memotong bajet membeli-belah.

Kepada isteri dan ibu kita, inilah masanya anda terpaksa rela berkorban untuk tidak lagi selalu bertukar sepatu atau sebulan satu bertukar kain baju. Berbelanja apabila perlu saja. Atur semula bajet supaya kita tidak membazir.

Aktiviti makan di luar juga rasanya perlu dikurangkan. Kita perlu berjimat-cermat. Lagipun kita sebenarnya perlu menghidupkan semula amalan makan sekeluarga. Memasak sendiri dengan belanja yang satu perempat lebih murah berbanding dengan makan di luar, malah kita juga boleh menikmati hidangan yang sama lazatnya, sama menunya.

Dalam bab pelajaran dan tuisyen anak, mungkin juga boleh dikaji semula. Hantar mereka untuk tuisyen subjek yang perlu saja.

SYED MAZLAN SYED MAT DOM,
UiTM, Kampus Bandaraya Johor Bahru.

(sumber: berita harian/31 jan 2009)

January 23, 2009

KeTe baRu



saje nak citer..ada orang tu baru beli kereta...kete kecik jer...huhuhu...x pelah asalkan boleh guna..yang menariknye kete tu wrna putih...her new favourite colour..best gler lah tercapai gak impian nak beli kete...

sebenarnya kete tu ada kegunaannya..biasalah kenderaan mana yang x de kegunaan kan..huhu...hari tu baru touch up sikit jer dah habis rm300...mmg betul lah kalau dah der kete ni duit memang asyik lebur jer...
apepun alhamdulillah dengan adanye kete ni x yahlah nak menyusahkan orang lain...tapi skang kene mntak tolong si dia lah jadi driver...nnti bile dah dapat lesen habislah kete tu dikerjakan...hehehe...
habis cerita...

WE HAVE FUN


pada selasa yang lepas group SDG kami telah berjalan-jalan ke daerah YAN selama setengah hari bagi menyelesaikan SDG bagi satu semester...mentor kami EN.Fadzil telah membawa kami ke

pantai merdeka....kami menaiki bot di tanjung dawai...huhuhu...biasalah orang x pernah naik bot maka macam2lah aksi yang kami buat...setiap aksi dan pemandangan yang menarik x kan terlepas daripada kamera kami...kami juga dibawa ke lembah bujang untuk melihat artifak dan kesan sejarah di sana...seram jugalah pegi sana coz tiada orang...apapun memang SDG kami paling best selama 3 tahun berada di UUM.

en.fadzil...kami sayang sama kamu...semoga sentiasa menjadi "ayah" yang baik...huhuhuhu




January 15, 2009

LesEn kERETA


Aku baru sahaja balik dari mengambil ujian undang-undang berkomputer untuk mengambil lesen kereta.alhamdulillah aku lulus ujian tersebut. sebelum pergi tadi macam-macam rasa.biasalah takut gagal dan kena ulang...

Bercakap pasal lesen ni, sekarang harga untuk mengambil lesen di utara semakin mahal. kalau dulu rm800 boleh ambil lesen kereta dan motor, tetapi sekarang harga rm800 hanyalah untuk lesen kereta. emmm...biasalah kan..makin lama semua benda jadi makin mahal...

Pada pendapat aku kebanyakan remaja di luar sana yang menunggang motosikar atau memandu kereta tanpa lesen mungkin disebabkan harga lesen yang semakin mahal...macam-macam cas yang dikenakan, cas penghantaran lah, cas ambil gambar lah...kadangkala kalau nak difikirkan dengan logik akal bukannya mahal pun sebenarnya harga yang perlu dikenakan...nak buat macamana jika nafsu dah menguasai akal...amal jariah pun diketepikan...

Bilalah orang yang bertanggungjawab hendak tampil menyelesaikan masalah wang yang semakin merebak ni...






January 12, 2009

BeRkaT

Dulu masa kecik-kecik masa makan, mak selalu cakap makan sampai habis, jangan membazir. kalau mak yang sendukkan nasi mak mesti bagi nasi separuh je...kalau aku merungut mak mesti cakap, makan sikit-sikit..x cukup baru tambah...dan bila nasi yang aku makan x habis mak akan buang ke tanah bagi ayam itik makan.mula-mula memang aku x faham.yelah tong sampah ada.....


tapi mak buang makanan kat tanah. bila dah besar barulah aku tau kenapa mak buat macam tu.mak kata dekat makanan tu ada berkat. masa kecik manalah aku faham makna berkat tu. yang aku tau makan sampai kenyang.huhuhu.. mak terangkan kat aku.. bayangkan kita kat negara miskin di luar sana. mereka nak dapat sebutir nasi pun susah. dan sangat-sangat bersyukur kalau dapat makan roti je...mak bagitau kenapa kena buang makanan yang tak habis makan kat tanah. sebabnya masa kita makan, kita x tau yang mana satu berkat dalam nasi tu...kadang-kadang nasi yang kita x makan tu yang mengandungi berkat..sebab tulah mak buang kat tanah...bagi ayam dan itik makan...nanti bila ayam dan itik gemuk...kita akan sembelih kemudian makan...jadi kita akan dapat berkat semula...betul x?huhuhu...
jadi kalau boleh makanlah sampai habis nasi yang kita sudah ambil...dan jangan membazir..sebabnya membazir tu kawan syaitan...

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]