Pages

September 28, 2009

Baju Raya

raya ni ktorang adik beradik pakai baju sama corak tapi lain2 warna..
sajer nak tunjuk kat korang.
check it out.



taun ni buat baju raya sepasang jer..
biasalah budget dah lari..huhu..

September 18, 2009

HoHoHo Balik Kampung

assalamualaikum..
alhamdulillah akhirnya tibalah masa yang dyba tunggu2
iaitu hari pulang ke rumah...
sedihnyer lagi satu ari nak raya baru blik.
nak wt cmne
dah duduk jauh di perantauan ni kena redha dapat tiket bas lambat
x pelah, janji balik rumah..betul x..huhu

dyba akan gerak dari cni kul 2.30petang (kedah-johor).
selalunyer balik malam tapi terpaksa amik tiket siang.
x kan nak balik malam ni kot..esoknyer dah raya..
waaaaaaaaa...meraung nanti dyba kat cini.



nilah tiket kitorang. dyba balik ngan rumate,adik n member sorang lagi. naik bas mayang sari.
doakan kitorang selamat sampai ke destinasi yer...amin.

ok lah sempena hari baik bulan baik ni dyba menyusun sepuluh jari kaki dan tangan memohon ampun dan maaf di atas segala salah n silap tutur kata dan perbuatan dyba samada sengaja @ tidak...0-0 yer

semoga lebaran tahun ni mendatangkan seribu makna dan fadhilah buat kiter semua..
jemputlah datang ke teratak buruk saya yer..tapi papehal call dulu.
takot2 tuan rumah dok pegi beraya sakan...hehehe..



September 08, 2009

Hati cerminan peribadi insan



MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Di samping itu, hati manusia juga bertindak sebagai raja bagi keseluruhan anggota badan. Dengan kata lain, baik dan buruk, sejahtera atau sengsara dan sihat atau sakit bergantung kepada kedudukan hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh tubuh lain dan begitulah sebaliknya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Paling menarik, dalam al-Quran perkataan hati disebut al-qalb yang membawa maksud sesuatu yang tidak tetap. Bertepatan dengan konotasi al-qalb, maka hati begitu mudah berubah daripada satu keadaan ke keadaan lain kerana dalam hati ada dua unsur kekuatan yang sentiasa berlawanan antara satu sama lain iaitu antara iman dengan kufur, kebaikan dan keburukan, taat dan ingkar atau hak dan batil.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: "Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu."

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Berita Harian, 8 julai 2009


September 06, 2009

I'm Late



waaaaaaaaaaaa...malunyer...ari ni bos dyba tepon..nak tau sebab per...
dyba terlajak tido..dier tepon kejut bangun tido...uwaaa...ingatkan nak tido jap jer pas subuh tadi. tapi sedar2 dah pukul 8.50 pagi. sepatutnyer dyba masuk keje kul 8.30...huhuhu.siap tyer arini keje x...ish..ish..seb bek dier sporting... tolong jaga lab tmpat dyba keje tuh kejap..dah dua kali dyba memalukan diri sendiri. first aritu sempat lagi sampai awal (8.45).

Agaknyer sbb dyba mkan banyak sahur tadi..dah lah banyak mimpi best masa tido..2 yang x tersedar..pasni x nak tido pas subuh dah..insaffff... :) (insaf sekejap)..kalau mak tau ni habislah..mana taknyer..kn x elok tido lpas subuh.nak wat cmna.duk kat Uni ni blik2 nmpak katil jer.x tau nak wat per.tdo lah..kan kan..korang pon m'ti wat yer..hah tu dah tersengih2..comfirm wat..hehe..

September 04, 2009

Puasa



salam semua...
puasa x hari ni..
huhu..
pejam celik pejam celik rupanya dah 2 minggu kiter berpuasa
alhamdulillah..
apa yang korang rasa puasa tahun ni?
huhu...teringat lect member gtau..
kalau x de paper perubahan lepas 2 minggu pose ni,
blik t pegi makan...


perubahan aper?
banyak perubahan yang boleh kiter buat dalam bulan pose ni..
berubah kurus, berubah cantik, berubah tabiat makan...
tapi yang paling penting adalah berubah sikap...
itulah yang lect member maksudkan..
ha...sikap buruk kepada lebih baik...
adakah kita berada di kalangan itu???...
fikir2kanlah...

pagi2 pegi pasar, petang2 pegi bazar
tapi jangan sampai malam2 membazir...

selamat beramal


News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]