Pages

December 14, 2010

C.S.S.M.

CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa
yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak
nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu
ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan
sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk
berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan
seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain :
sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk
mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak
boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila
bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
Tapi....
kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti
lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak
kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk
mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang
ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak
akan CINTA pada seseorang itu…


December 11, 2010

Anda Semakin Matang Bila...

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.


Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.


Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.


Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.


Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.


Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

December 10, 2010

Resipi Mahligai Bahagia

Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

December 04, 2010

Kepadamu Wanita..Agar Dikau Bahagia..

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali
beriman kepada Allah swt







December 02, 2010

Siapa Yang Cantik?

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

ANDA BERHAK, DAPAT YANG TERBAIK!!!

 "Dah umur macam ni, tak payah memilih sangat. Ambik je. Asal kahwin..."

Jika ada sesiapa membuat kenyataan sebegini kepada anda, bangun dari kerusi dan tinggalkan sahaja mereka. Siapa mereka untuk meletakkan anda di bawah par?

Adakah kerana anda masih bujang di kala kawan-kawan sedang membina keluarga, anda di cop tidak berhak untuk memilih?

Anda berhak memilih...

PORTAL TEMU JODOH

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan hidup daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.”ayat 21 surah Al-Rum.

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]