Pages

July 13, 2010

Baby boy

2 hari lepas aku n ina member praktikalku pergi ke rumah kak ikin yang baru lepas melahirkan seorang baby boy pada 30 jun 2010 yang lepas. Baby yang seberat 3.99kg ini telah diberi nama Mohd Ilham Zafran.Comel sangat baby. Aku rasa gembira sangat sebab akhirnya baby ni dapat melihat dunia selepas terlewat 15 hari dari tarikh asal bersalin. Tahniah aku ucapkan pada kak ikin sebab berjaya mengharungi saat melahirkan Ilham sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Moga Ilham menjadi anak yang membahagiakan kedua ibu bapanya. 

dba n baby ilham

ina n baby ilham

July 10, 2010

Pilihan



Keje owh keje
Dah banyak permohonan kerja yang dihantar
Jawapan masih belum diterima lagi
Camnelah ni..
Macam dah nak tepu kepala ni memikirkan masalah kerja
Bile duduk dekat rumah ni aku rasa macam dah malas nak kerja
Biasalah bila duduk rumah makan ditanggung..huhuhu

Sebenarnya hati ni masih dalam dilema
Samada nak bekerja ataupun sambung belajar lagi
Hati ni teringin nak sambung belajar
Kononnya nak menyahut seruan belajar hingga ke negeri China
Rasa macam belum puas lagi belajar selama 16 tahun ni
Ilmu semakin banyak yang kita tahu sebenarnya semakin banyak pula yang kurang dan perlu dicari dan dipelajari

Biar Menjadi Sejarah

Dah cube nak lupekan dier
tapi susah sangat
sebab die yang pertama

bukan senang hati ni nak mencintai
bukan senang nak mempercayai
tapi biler dh mula menyayangi
hati ini dikhianati

kenapa???
salah diri inikah semua ini terjadi??
adakah diri ini penyebab hatinya mencari pengganti??
tapi takdir yang telah tercatat untuk diri ini
mgkin yang terbaik

cuba bangkit walaupun payah
cube ditelan rasa sakit ini walaupun pahit
mungkin akan hadir yang lebih baik

melupakan pengkhianatan yang telah dilakukan ke atas diri ini


News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]