Pages

July 10, 2010

Pilihan



Keje owh keje
Dah banyak permohonan kerja yang dihantar
Jawapan masih belum diterima lagi
Camnelah ni..
Macam dah nak tepu kepala ni memikirkan masalah kerja
Bile duduk dekat rumah ni aku rasa macam dah malas nak kerja
Biasalah bila duduk rumah makan ditanggung..huhuhu

Sebenarnya hati ni masih dalam dilema
Samada nak bekerja ataupun sambung belajar lagi
Hati ni teringin nak sambung belajar
Kononnya nak menyahut seruan belajar hingga ke negeri China
Rasa macam belum puas lagi belajar selama 16 tahun ni
Ilmu semakin banyak yang kita tahu sebenarnya semakin banyak pula yang kurang dan perlu dicari dan dipelajari

Tapi memikirkan soal kewangan kehendak tu terpaksa ditahan dulu
Wang pinjaman PTPTN yang aku pinjam untuk tamatkan ijazah sebelum ni pun masih belum dibayar lagi. Rm26000..itu belum campur dengan bayaran perkhidmatan lagi adoyaiii
Aku perlu bekerja
Tetapi masalahnya aku belum terima transkrip sementara ijazah
Jadi payah nak mohon kerja
Haishh...pening kepala dibuatnya...
Konvo pula bulan 10 nanti
Ada lagi 3 bulan. Apa nak buat???
Nampaknye aku hanya membesarkan perut badan duduk di rumah ni


Sebelum ni 2 interview terpaksa aku tolak sebab keadaan masa yang tidak mengizinkan.
Mungkin bukan rezeki aku tuk mendapat kerja tersebut.
Sekarang ni hari-hari aku bukak web josmalaysia untukmelihat dan memohon kerja kosong.
Moga-moga penantianku untuk mendapat pekerjaan berakhir x lama lagi.



No comments:

Post a Comment

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]