Pages

November 19, 2008

AdaM

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian
di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah
jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa
mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada satu waktu.





Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati
dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku
kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika
terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah
tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang
diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang
menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di
pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai
orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid
b*d*h, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti
didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah
akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar,
maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan
akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari
itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad
ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih
segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia
ini akan hancur bila kaumku yang
akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.






No comments:

Post a Comment

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]