Pages

February 14, 2009

Urusan Kewangan lebih Berkesan bersma AKPK

AKPK adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kredit dan kaunseling kewangan kepada individu, serta memberi pendidikan kewangan supaya para individu mampu mengawal kedudukan kewangan mereka di kala mendapat ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Matlamat AKPK adalah untuk memastikan secara proaktifnya bahawa daya tahan sektor isi rumah terus berkekalan. Ini dapat dilaksanakan dengan memberi peluang kepada para peminjam individu mahupun bakal peminjam untuk mendapatkan nasihat dan bantuan dalam menguruskan kewangan serta hutang mereka di kala turut mempromosikan sebuah sistem perbankan yang bukan sahaja lengkap malah selamat. Demi mencapai matlamat-matlamat ini, misi AKPK adalah untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup buat semua warga Malaysia.

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan kepada individu secara percuma di AKPK adalah seperti berikut:

* Pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit secara bertanggungjawab dan kemahiran asas dalam pengurusan wang

* Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, termasuk membuat belanjawan untuk menguruskan perbelanjaan

*
Program Pengurusan Kredit untuk bantuan dalam mendapatkan semula kawalan terhadap kewangan pengguna


UNTUK MAKLUMAT LANJUT : LAYARI AKPK




News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]