Pages

November 30, 2009

Selangkah Ke Alam Pekerjaan

assalamualaikum pada sahabat yang masih setia bersama2 diba

salam aidiladha pada yang beragama Islam. semoga pengorbanan yang kita lakukan diberkati Allah dan bermanfaat untuk semua.
Akhirnya tamat sudah pembelajaran diba di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam pengajian pengurusan pentadbiran muamalat...alhamdulillah.tapi itu bukan bermaksud diba dah lengkap ilmu di dada. banyak lagi yang perlu diba pelajari..kerana ilmu perlu dicari hinggalah ke liang lahad...

Diba nak cerita kat cini diba dah mula melangkah ke alam pekerjaan dengan menjalani praktikum di Majlis Agama Islam daerah Batu Pahat. alhamdulillah...macam2 perasaan yang diba rasa sekarang untuk memulakan pekerjaan di sana..manakan tidak sebab diba tidak pernah bekerja sebelum ni..jadinya macam kanak2 umur 5 tahun nak masuk tadika..tapi bezanya sekarang umur diba dah 22 tahun..jadi tidak bolehlah bersifat seperti kanak2.

Selangkah diba ke alam pekerjaan sebenar. walaupun hanya praktikal di sana tapi diba harap ia dapat membantu diba untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar. mungkin ada yang merasakan praktikal hanya untuk main2 dan merehatkan diri selepas belajar tapi tidak bagi diba. diba nak buat yang terbaik untuk praktikal ini. doakan diba ye kawan2...


semoga praktikal yang diba akan jalani selama 4 bulan ini iaitu mulai 7 disember 2009 hingga 21 april 2010 akan memberi banyak pengalaman dan manfaat buat diba. dan dapat bekerjasama dengan baik dengan staf2 disana..amin...



No comments:

Post a Comment

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]