Pages

May 31, 2012

On My Birthday

Alhamdulillah Allah permudahkan perancanganku menjemput Ustaz Sabri (ex-consultant SL1M Tabung Haji) memberi motivasi kepada kami pada hari lahirku yang jatuh pada hari Khamis, 31 Mei 2012. 
Biasanya orang lain akan mengadakan parti untuk meraikan hari lahir mereka tapi aku ingin membuat kelainan iaitu untuk berkongsi ilmu bersama rakan-rakan daripada salah seorang mentor yang aku kagumi. Aku bersyukur walaupun perancangan ini dibuat pada saat akhir tapi segalanya berjalan lancar. 




Walaupun masa yang diperuntukkan dalam sesi motivasi ini sangat singkat tetapi alhamdulillah ianya sangat bermanfaat kepada kami. InsyAllah segala ilmu yang diberi akan kami manfaatkan sebaiknya. 
Terima kasih kepada Ustaz Sabri kerana sudi menerima jemputan dan berkongsi ilmu kepada kami. Semoga Allah memberi rahmat dan keberkatan untuk segala urusan ustaz. amin
Gambar lain boleh dilihat disini


No comments:

Post a Comment

News

TV3TV9 dekat dihati NTV7 Berita Harian Baca paper... .: Harian Metro :.Your Independent News [ Malay Mail]